Monday, 28 March 2016

Novel : Maryam Nasuha 5

Luqman duduk beristirehat di ruang tamu ditemani puterinya, Maryam. Khusyuk maryam menonton cerita upin ipin. Dia bersyukur anaknya bukan spesis yang suka menonton kartun yang pelik-pelik. Ini semua hasil pentarbiyahan isterinya. Isterinya akan mengawasi setiap cerita yang akan ditonton maryam. Dengan dunia tanpa batasan, tiada halal dan haram, kes pemerdagangan orang yang semakin berleluasa, Dia perlu mengawasi setiap gerak geri maryam. Dia tidak mahu menyesal dikemudian hari. Kini, tugas itu telah diletakkan sepenuhnya di atas bahunya.

Sedang mereka menonton. Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup suara seseorang memberi salam dari luar. Luqman dan maryam berpandangan. Mereka melihat jam sudah menghampri pukul 11 malam. Siapa yang datang mengganggu waktu privasi ini. Orang dah bersiap-siap nak tidur. Luqman bangun dan menuju ke pintu. Belum luqman sempat mencapai tombol pintu. Maryam menahan tangan papanya.


'Pa, hati-hati. Mungkin.." maryam membisikkan ke telinga papanya.

"Hantu~~" maryam cuba menakut-nakutkan papanya.
"I'm a man maryam. Dah maryam stay here papa bukak pintu."

Luqman berjalan ke pintu, Perlahan-lahan Luqman membuka pintu.Belum sempat Luqman bersuara, tiba-tiba ada tangan yang sudah memeluk badannya ketat. Ada bunyi tangisan disebalik itu. Luqman terkejut dengan situasi yang berlaku. Perlahan-lahan dia membalasnya. Luqman menepuk lembut badan adiknya.


"Sarah, kenapa ni ? " luqman bertanya inginkan jawapan.

"Kejap abang. Bagi Sarah 5 minit. I want to hug you. My heart really hurts." teresak-esak Sarah menangis sambil memeluk kejap badan abangnya.

Luqman merelakan badannya dipeluk. Menurut psychologist memeluk seseorang adalah salah satu cara menghilangkan tekanan. 


Psychotherapist Virginia Satir famously said "We need 4 hugs a day for survival. We need 8 hugs a day for maintenance. We need 12 hugs a day for growth."


Perlahan-lahan Sarah meleraikan pelukan. Dia berjalan menuju ke sofa , mengesat air matanya menggunakan lengan baju yang di pakai. 'Kenapa air mata ni tak nak berhenti ? " Sarah memarahi dirinya. Semakin di kesat semakin banyak air mata yang turun.

Luqman menahan tangan adiknya daripada mengesat air mata itu. "Let it out. Nangis la sepuas-puasnya. No one will stop you."
Luqman bangun dan pergi ke dapur, mengambil jus oren. Maryam turut bangun membontoti ayahnya ke dapur.

"Pa, kenapa dengan mak su ?" maryam bertanya
"Entah, papa pun tak tahu. Now, papa nak maryam naik atas tidur. Esok maryam sekolah. Papa nak pujuk mak su kejap." luqman tiada jawapan untuk anaknya. Dia sendiri tidak tahu kenapa adiknya menangis.

"Ok, nak salam. Maryam minta maaf, kalau maryam ada buat salah. " maryam menyalami tangan ayahnya.


"You are such a good girl today. Maryam tak de buat salah. Sleep tight sayang.Nanti naik atas, brush your teeth, ambil wudu', baca doa, terus tidur. Ok?" luqman memegang kedua-dua pipi maryam dan menciumnya. Ciuman ikhlas ayah untuk puterinya. ciuman kasih dan sayang yang tidak pernah terkira.


Maryam berjalan menaiki tangga. Baru sampai tangga ketiga dia pusing ke belakang semula.

"Papa! Look at me, " maryam menghadiahkan flying kiss buat papanya. Luqman turut membalasnya.

'Maryam. I don't want you to grow up. I want you to stay like this, I love the way you smile. you make me remember your mom.' luqman lupa dunia sentiasa berputar and one day maryam pasti akan membesar dan akan pergi meninggalkannya.


"Ok, so how ? Feeling better ? Ada apa-apa yang nak cerita kat abang ?" luqman duduk di sofa dan menghulurkan gelas yang berisi fresh oren kepada adiknya.


Suasana sepi. Tiada bicara yang keluar daripada mulut adiknya. Seminit.  Lima minit berlalu. Nampaknya Sarah belum bersedia.


"Sarah, better abang tidur dulu ye. Nanti kalau Sarah dah bersedia boleh cerita kat abang." luqman bangun ingin masuk ke kamar tidurnya.


"Abang, i'm break the rule. the first rule." tiba-tiba Sarah bersuara. Kepalanya masih ditundukkan ke bawah.


"Rule ? Whats rule ?" luqman pelik dengan kenyataan wani. Sejak bila ada rule untuk dia dan wani. Luqman duduk semula


"Girl's Love Rule yang abang suruh Sarah follow kalau nak bercinta. And I... I...I..was break the first rule. Never Say I Love You, I told him I love him." Sarah berhenti seketika tidak dapat meneruskan bicara. Dia menarik nafas dalam dan melepaskan perlahan-lahan. Dadanya lebih lapang.


"Then, what he said ?" dalam keadaan Sarah yang seperti itu, luqman yakin, pasti ada kejadian buruk berlaku. Luqman teringat suatu ketika dahulu Sarah pernah meminta khidmat nasihatnya cara untuk mengawal cinta. Dan melalui pembacaannya Luqman telah memberitahu Sarah tentang Girl's Love Rule. Dia mendapat dalam blog Evelyn rose, penulis novel ‘The wedding Breaker’, dan dia rasa adiknya perlu mengikut rule itu. Di mana ada 3 rule.


Rule 1: Never Say I Love you. Sebab kata penulis itu, yang pertama. Cinta hanya untuk suami. Kedua. Lelaki kejar perempuan hanya kerana ingin mendengar ucapan keramat itu, apabila dia sudah dapat then he will leave the girl. Ketiga, once the girl said I love you, then the men will ask sedalam mana cinta kita terhadap dia.He wanna a prove. So don't start first.


Rule 2 : No skinship. Lelaki yang menghormati perempuan tidak akan dengan mudahnya menyentuh perempuan sesuka hatinya. Dan perempuan yang baik tidak mudah memberi lelaki menyentuhnya. Jaga maruah sebagai seorang wanita. Tinggalkan lelaki jika dia tidak tahu menghormati wanita.


Rule 3 : Don't date, never go out for dating. Once we go out then rule no 1 and 2 akan hancur. Kalau nak keluar sekalipun. Keluar ramai-ramai. 


Insya'Allah jika seorang perempuan memegang prinsip ni pasti dia akan jumpa lelaki yang terbaik buatnya.


"He reject me. Dia kata dia tak pernah ada perasaan kat Sarah. Dia anggap Sarah kawan rapat je. Abang kawan ke kalau dia setiap hari call sarah just to ask kehidupan seharian Sarah? Tolong Sarah buat assignment, tutorial. Tiap-tiap malam call just to wish good night, tell me perempuan mana yang tak akan jatuh hati." Sarah meluahkan perasaannya. Dia tidak mampu lagi membendungnya.


"See. Abang dah bagitahu kan Sarah. He did that  just to hear you say I love you. Not more than that. Abang rasa Sarah belum pakar dalam menafsir makna cinta bagi seorang lelaki. Abang tahu sakit. Tapi Sarah kena sedar ramai lagi yang sayang Sarah. Abi, umi, abang, maryam, angah dan ramai lagi Sarah Jangan sebab dia seorang Sarah tutup pintu hati Sarah untuk lelaki lain. Buka Sarah. Tengok dunia. Lelaki macam tu sepatutnya kerat 14 campak dalam laut je. Sarah cantik, He don't deserve you. you deserve more better." Luqman cuba memberi nasihat dan kekuatan buat adiknya meneruskan kehidupan.


'Abang, hati sarah ni sakit, sakit sangat.' Sarah menggenggam tangannya dan menumbuk hatinya. dia ingin menunjukkan kepada abangnya betapa sakitnya hatinya itu.

'Sarah. stop it. you're hurting yourself.' Luqman cuba menarik tangan adiknya. Luqman memeluk badan adiknya kuat.

'Sarah. lelaki memang susah mengungkap cinta bila dia betul-betul jumpa perempuan yang dia cinta. the word Love becoming the hardest word to say. sebab dia tahu consequence of their word. mungkin dia cuma terkejut waktu sarah confess dekat dia.'

'Tak, dia bukan terkejut, dia memang nak reject Sarah. from the way he reject me, i know he meant it.'

'Sarah, abang rasa better Sarah tidur sekarang ni, badan rasa letih kan? Sarah rest dulu kat rumah abang, esok abang hantar balik kolej. Sarah, tak guna menangis untuk lelaki macam tu, you just wasting your tears.' Luqman menepuk-nepuk belakang sarah.

'Sarah bukan menangis sebab dia, sarah menangis sebab sarah rasa sarah ni bodoh percaya lelaki itu, sarah senang-senang je mengungkap cinta, sedangkan dia main-mainkan perasaan sarah. Sarah takkan maafkan dia bang.' sarah mengesat baki air mata yang tersisa, dia mula berjalan ke dapur, ingin minum air, mengembalikan tenaganya yang hilang ketika menangis. menangis sangat penat. bukan sahaja mata yang bekerja malah seluruh badannya turut bekerja. stress.

'Sarah tak baik berdendam. dendam hanya membuatkan sarah hidup dalam kebencian, hidup sarah tak tenang, bukankah memaafkan lebih baik?'

'Abang nak suruh sarah maafkan dia selepas apa yang dia dah buat kat Sarah? Abang, dia dah jatuhkan maruah sarah sebagai seorang perempuan. sarah dah jatuh sejatuh-jatuhnya. Bukan Abang yang kena boleh lah cakap.' sarah bersuara tidak puas hati.

'okeylah sarah abang tak faham. abang rasa sarah perlu tidur. jom naik atas.' Luqman mengambil jalan selamat, dia tidak mahu bergaduh pulak dengan adiknya. luqman berlalu ke arah pintu utama dan menguncinya dan menutup suis lampu.

'Abang, Sarah nak tidur dengan maryam ea.' 

'tidurlah, tapi jangan ganggu dia pulak, esok dia sekolah, hati-hati masuk bilik tu, dia senang terjaga. nanti dia payah nak tidur pulak.' 

Sarah berjalan perlahan-lahan memasuki bilik Maryam, dia membaringkan badannya mengiring menghadap maryam dan mencium dahi maryam sebelum tidur. moga esok dia bangun dengan azam yang baru.



No comments:

Post a Comment