Monday, 28 March 2016

Novel : Maryam Nasuha 5

Luqman duduk beristirehat di ruang tamu ditemani puterinya, Maryam. Khusyuk maryam menonton cerita upin ipin. Dia bersyukur anaknya bukan spesis yang suka menonton kartun yang pelik-pelik. Ini semua hasil pentarbiyahan isterinya. Isterinya akan mengawasi setiap cerita yang akan ditonton maryam. Dengan dunia tanpa batasan, tiada halal dan haram, kes pemerdagangan orang yang semakin berleluasa, Dia perlu mengawasi setiap gerak geri maryam. Dia tidak mahu menyesal dikemudian hari. Kini, tugas itu telah diletakkan sepenuhnya di atas bahunya.

Sedang mereka menonton. Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup suara seseorang memberi salam dari luar. Luqman dan maryam berpandangan. Mereka melihat jam sudah menghampri pukul 11 malam. Siapa yang datang mengganggu waktu privasi ini. Orang dah bersiap-siap nak tidur. Luqman bangun dan menuju ke pintu. Belum luqman sempat mencapai tombol pintu. Maryam menahan tangan papanya.


'Pa, hati-hati. Mungkin.." maryam membisikkan ke telinga papanya.

"Hantu~~" maryam cuba menakut-nakutkan papanya.
"I'm a man maryam. Dah maryam stay here papa bukak pintu."

Luqman berjalan ke pintu, Perlahan-lahan Luqman membuka pintu.Belum sempat Luqman bersuara, tiba-tiba ada tangan yang sudah memeluk badannya ketat. Ada bunyi tangisan disebalik itu. Luqman terkejut dengan situasi yang berlaku. Perlahan-lahan dia membalasnya. Luqman menepuk lembut badan adiknya.


"Sarah, kenapa ni ? " luqman bertanya inginkan jawapan.

"Kejap abang. Bagi Sarah 5 minit. I want to hug you. My heart really hurts." teresak-esak Sarah menangis sambil memeluk kejap badan abangnya.

Luqman merelakan badannya dipeluk. Menurut psychologist memeluk seseorang adalah salah satu cara menghilangkan tekanan. 


Psychotherapist Virginia Satir famously said "We need 4 hugs a day for survival. We need 8 hugs a day for maintenance. We need 12 hugs a day for growth."


Perlahan-lahan Sarah meleraikan pelukan. Dia berjalan menuju ke sofa , mengesat air matanya menggunakan lengan baju yang di pakai. 'Kenapa air mata ni tak nak berhenti ? " Sarah memarahi dirinya. Semakin di kesat semakin banyak air mata yang turun.

Luqman menahan tangan adiknya daripada mengesat air mata itu. "Let it out. Nangis la sepuas-puasnya. No one will stop you."
Luqman bangun dan pergi ke dapur, mengambil jus oren. Maryam turut bangun membontoti ayahnya ke dapur.

"Pa, kenapa dengan mak su ?" maryam bertanya
"Entah, papa pun tak tahu. Now, papa nak maryam naik atas tidur. Esok maryam sekolah. Papa nak pujuk mak su kejap." luqman tiada jawapan untuk anaknya. Dia sendiri tidak tahu kenapa adiknya menangis.

"Ok, nak salam. Maryam minta maaf, kalau maryam ada buat salah. " maryam menyalami tangan ayahnya.


"You are such a good girl today. Maryam tak de buat salah. Sleep tight sayang.Nanti naik atas, brush your teeth, ambil wudu', baca doa, terus tidur. Ok?" luqman memegang kedua-dua pipi maryam dan menciumnya. Ciuman ikhlas ayah untuk puterinya. ciuman kasih dan sayang yang tidak pernah terkira.


Maryam berjalan menaiki tangga. Baru sampai tangga ketiga dia pusing ke belakang semula.

"Papa! Look at me, " maryam menghadiahkan flying kiss buat papanya. Luqman turut membalasnya.

'Maryam. I don't want you to grow up. I want you to stay like this, I love the way you smile. you make me remember your mom.' luqman lupa dunia sentiasa berputar and one day maryam pasti akan membesar dan akan pergi meninggalkannya.


"Ok, so how ? Feeling better ? Ada apa-apa yang nak cerita kat abang ?" luqman duduk di sofa dan menghulurkan gelas yang berisi fresh oren kepada adiknya.


Suasana sepi. Tiada bicara yang keluar daripada mulut adiknya. Seminit.  Lima minit berlalu. Nampaknya Sarah belum bersedia.


"Sarah, better abang tidur dulu ye. Nanti kalau Sarah dah bersedia boleh cerita kat abang." luqman bangun ingin masuk ke kamar tidurnya.


"Abang, i'm break the rule. the first rule." tiba-tiba Sarah bersuara. Kepalanya masih ditundukkan ke bawah.


"Rule ? Whats rule ?" luqman pelik dengan kenyataan wani. Sejak bila ada rule untuk dia dan wani. Luqman duduk semula


"Girl's Love Rule yang abang suruh Sarah follow kalau nak bercinta. And I... I...I..was break the first rule. Never Say I Love You, I told him I love him." Sarah berhenti seketika tidak dapat meneruskan bicara. Dia menarik nafas dalam dan melepaskan perlahan-lahan. Dadanya lebih lapang.


"Then, what he said ?" dalam keadaan Sarah yang seperti itu, luqman yakin, pasti ada kejadian buruk berlaku. Luqman teringat suatu ketika dahulu Sarah pernah meminta khidmat nasihatnya cara untuk mengawal cinta. Dan melalui pembacaannya Luqman telah memberitahu Sarah tentang Girl's Love Rule. Dia mendapat dalam blog Evelyn rose, penulis novel ‘The wedding Breaker’, dan dia rasa adiknya perlu mengikut rule itu. Di mana ada 3 rule.


Rule 1: Never Say I Love you. Sebab kata penulis itu, yang pertama. Cinta hanya untuk suami. Kedua. Lelaki kejar perempuan hanya kerana ingin mendengar ucapan keramat itu, apabila dia sudah dapat then he will leave the girl. Ketiga, once the girl said I love you, then the men will ask sedalam mana cinta kita terhadap dia.He wanna a prove. So don't start first.


Rule 2 : No skinship. Lelaki yang menghormati perempuan tidak akan dengan mudahnya menyentuh perempuan sesuka hatinya. Dan perempuan yang baik tidak mudah memberi lelaki menyentuhnya. Jaga maruah sebagai seorang wanita. Tinggalkan lelaki jika dia tidak tahu menghormati wanita.


Rule 3 : Don't date, never go out for dating. Once we go out then rule no 1 and 2 akan hancur. Kalau nak keluar sekalipun. Keluar ramai-ramai. 


Insya'Allah jika seorang perempuan memegang prinsip ni pasti dia akan jumpa lelaki yang terbaik buatnya.


"He reject me. Dia kata dia tak pernah ada perasaan kat Sarah. Dia anggap Sarah kawan rapat je. Abang kawan ke kalau dia setiap hari call sarah just to ask kehidupan seharian Sarah? Tolong Sarah buat assignment, tutorial. Tiap-tiap malam call just to wish good night, tell me perempuan mana yang tak akan jatuh hati." Sarah meluahkan perasaannya. Dia tidak mampu lagi membendungnya.


"See. Abang dah bagitahu kan Sarah. He did that  just to hear you say I love you. Not more than that. Abang rasa Sarah belum pakar dalam menafsir makna cinta bagi seorang lelaki. Abang tahu sakit. Tapi Sarah kena sedar ramai lagi yang sayang Sarah. Abi, umi, abang, maryam, angah dan ramai lagi Sarah Jangan sebab dia seorang Sarah tutup pintu hati Sarah untuk lelaki lain. Buka Sarah. Tengok dunia. Lelaki macam tu sepatutnya kerat 14 campak dalam laut je. Sarah cantik, He don't deserve you. you deserve more better." Luqman cuba memberi nasihat dan kekuatan buat adiknya meneruskan kehidupan.


'Abang, hati sarah ni sakit, sakit sangat.' Sarah menggenggam tangannya dan menumbuk hatinya. dia ingin menunjukkan kepada abangnya betapa sakitnya hatinya itu.

'Sarah. stop it. you're hurting yourself.' Luqman cuba menarik tangan adiknya. Luqman memeluk badan adiknya kuat.

'Sarah. lelaki memang susah mengungkap cinta bila dia betul-betul jumpa perempuan yang dia cinta. the word Love becoming the hardest word to say. sebab dia tahu consequence of their word. mungkin dia cuma terkejut waktu sarah confess dekat dia.'

'Tak, dia bukan terkejut, dia memang nak reject Sarah. from the way he reject me, i know he meant it.'

'Sarah, abang rasa better Sarah tidur sekarang ni, badan rasa letih kan? Sarah rest dulu kat rumah abang, esok abang hantar balik kolej. Sarah, tak guna menangis untuk lelaki macam tu, you just wasting your tears.' Luqman menepuk-nepuk belakang sarah.

'Sarah bukan menangis sebab dia, sarah menangis sebab sarah rasa sarah ni bodoh percaya lelaki itu, sarah senang-senang je mengungkap cinta, sedangkan dia main-mainkan perasaan sarah. Sarah takkan maafkan dia bang.' sarah mengesat baki air mata yang tersisa, dia mula berjalan ke dapur, ingin minum air, mengembalikan tenaganya yang hilang ketika menangis. menangis sangat penat. bukan sahaja mata yang bekerja malah seluruh badannya turut bekerja. stress.

'Sarah tak baik berdendam. dendam hanya membuatkan sarah hidup dalam kebencian, hidup sarah tak tenang, bukankah memaafkan lebih baik?'

'Abang nak suruh sarah maafkan dia selepas apa yang dia dah buat kat Sarah? Abang, dia dah jatuhkan maruah sarah sebagai seorang perempuan. sarah dah jatuh sejatuh-jatuhnya. Bukan Abang yang kena boleh lah cakap.' sarah bersuara tidak puas hati.

'okeylah sarah abang tak faham. abang rasa sarah perlu tidur. jom naik atas.' Luqman mengambil jalan selamat, dia tidak mahu bergaduh pulak dengan adiknya. luqman berlalu ke arah pintu utama dan menguncinya dan menutup suis lampu.

'Abang, Sarah nak tidur dengan maryam ea.' 

'tidurlah, tapi jangan ganggu dia pulak, esok dia sekolah, hati-hati masuk bilik tu, dia senang terjaga. nanti dia payah nak tidur pulak.' 

Sarah berjalan perlahan-lahan memasuki bilik Maryam, dia membaringkan badannya mengiring menghadap maryam dan mencium dahi maryam sebelum tidur. moga esok dia bangun dengan azam yang baru.



Kisah Phone Rosak


About 1 month dah phone aku rosak, sebenarnya tak de lah rosak sangat, cuma masalah screen, screen crack, so at first, my phone jatuh unexpectedly. sedar-sedar phone tu dah kat bawah, benda dah jadi tak boleh undur masa. memang ujian la. tengah-tengah masalah kegawatan ekonomi lagi. so i was taught kalau phone ni screen crack and still boleh guna, i mean boleh touch, so aku akan tetap bertahan untuk guna je la, tapi sangkaan aku meleset bila phone aku memang tak boleh guna, bila aku touch no respond.

Phone aku jenis Alcatel Onetouch FlashPlus, baru pakai 5 bulan. aku beli guna duit gajai aku kerja selama 2 bulan lebih dekat kedai makan keluarga aku. so imagine, how much that phone meant to me? tapi nak menyesal pon memang sudah tiada guna, So the best option is hantar kedai repair, aku tanya service centre dia kat Giant Pandan Indah Rm 300, kawan aku ramai suggest beli phone baru, ye aku pon rasa macam tu, tapi macam tadilah aku kata, telefon tu sangat sangat sangat bermakna buat aku. So, aku hantar repair, after 2 weeks aku call orang tu, then dia kata,


"owh, you punya phone tak siap lagi."


"ok, then, bila you jamin phone I boleh siap? I dah hantar 2 weeks, I memang nak guna."


"I tak tahu. sebab barang spare part tiada, perlu order dari Taiwan. Taiwan belum bagi surat apa-apa lagi."


"Oooo.. tak pe lah, lambat sangat, I nak return je lah. nanti I datang ambil."


"ok."


pada aku, sebenarnya bukan dia tak boleh buat, kalau aku bagi duit pendahuluan mesti laju je dia buat kerja, ni sebab aku memang tak bagi duit langsung. so they might think I'm lied. sampai sekarang aku tak ambil lagi phone tu.


jadi lepas kejadian tu, fikir punya fikir sampai nak pecah kepala, by hook by crook, aku kena juga beli phone baru. Then, aku dah pun beli phone baru. mudah-mudahan dapat bertahan lama, dan memudahkan segala urusan aku untuk menghubungi orang lain.


The main point aku cerita semua benda ini bukan nak riak kata beli phone baru or nak buat cerita sedih, nak minta simpati orang tentang kisah kerosakan phone aku, cuma aku nak kata.



kita ni hidup, kita tak tahu apa kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang, kita berusaha hari ini, supaya kehidupan kita akan datang lebih bahagia, tapi kita tak tahu dugaan apa yang tuhan nak beri kita pada keesokan hari. 
 Macam aku, waktu phone aku jatuh tu, aku relaks je, so i was think like jatuh je pon, boleh pakai lagi ni, then aku try on phone ni dengan bacaan bismillah, hati aku dah berdegup kencang sebenarnya, dan memang ternyata phone tu tak boleh pakai. nak menangis tiada air mata yang mampu keluar, kering. macam padang pasir. and at that moment, aku terfikir sesuatu, kejadian tu sangat la sekejap, tapi telah membuatkan aku terfikir-fikir sepanjang hari dan sampai sekarang aku terfikir. the whole day hidup aku gelisah, tak de phone, susah nak whatsapp, maklumat tak sampai. 

Tapi satu perkara yang aku bersyukur, my life more peace, more calm. no pressure. i'm free to do anything. no one disturb me. cuma bila kelas tiba-tiba batal tu la risikonya, aku memang tidak akan diberitahu. datang kelas and kelas no student, so baru aku tahu kelas batal. pasrah aku.


Aku belum jumpa hikmah yang tersembunyi lagi, tapi aku rasa. tuhan nak tegur aku supaya banyakkan sedekah.



Simpanlah duit tu setinggi gunung, by the time your phone gone or your laptop being stolen, something emergency happen, you have to use your money. di akhirnya duit itu kita akan laburkan pada benda-benda yang kita sendiri tak jangka.
Beringatlah, Duit itu amanah Allah, bukan semua duit itu milik kita, padanya ada bahagian untuk fakir miskin yang mengharapkan ihsan, sahabat yang memerlukan pertolongan, agama yang memerlukan pengorbanan atas harta yang kita miliki.

Mungkin sebenarnya tuhan mahu aku memberi lebih, dan mungkin selama ini aku terlalu kedekut dengan apa yang aku miliki. Kalau dunia boleh kiamat tidak mustahil kekayaan boleh musnah dalam sekelip mata, duit boleh di cari, tapi tuhan tidak suruh kita menjadi Qarun yang mabuk dengan kekayaannya. banyakkan memberi. ingin memiliki kekayaan dunia memang naluri setiap insan yang diizinkan tuhan, tapi dalam islam juga ada zakat, untuk menyucikan harta yang kita miliki. kalau umat islam tidak kaya, bagaimana dia ingin membayar zakat?

sedikit pengalaman hidup aku. kita diuji dengan banyak cara, tetapi tuhan tidak menguji seseorang melainkan tuhan tahu dia mampu menanggungnya. kekuatan manusia dalam mengawal emosi semasa dilanja ujian berbeza-berbeza, dan hanya orang beriman yang melihat ujian tuhan sebagai rahmat. kita melihat dunia 180 darjah. 


Gunakan nikmat zaman muda kita ni dengan perkara berfaedah, sementara tenaga masih kuat, bila dah tua, kita semakin lemah. kita bukan pokok, semakin tua, akarnya makin kuat mencengkam tanah, pokoknya makin teguh berdiri, jika tidak ditebang, ia mampu hidup ratusan tahun. kita hanyalah manusia akhir zaman, yang jangka hayat hidup dalalm 60-70 tahun. itu pun belum tolak tidur, tolak masa kanak-kanak. kita hanya benar-benar hidup separuh daripada umur kita. (pandang ke langit, congaklah.)


Everyday is a new life for you. kau dah bertarung dengan berjuta-juta sperma ayah kau,bergabung dengan telur ibu untuk hidup di atas muka bumi. Dengan izin Allah, kau telah hidup. 



"Jaga hak Allah, Allah jaga hak kau."
"When life hit you hard, then, ask Allah to give you a strength to go through it. without Allah your life just nothing. nothing. and without Allah's permission you can't do anything. we can't even eat."
"Life to the fullest in a guidance of Allah." 

Wednesday, 9 March 2016

Kisah Baby 'Luqluq'

Minggu lepas pergi mid valley cari barang keperluan harian, kebetulan pergi mid valley, singgah sekejap PET WONDERLAND, ingat nak cari kura-kura dalam perahu. hehe

jumpa 2 3 ekor je kura-kura, ada tanya collegemate yang bela kura-kura, dia kata harga anak kura-kura tak mahal, so, ingat nak beli la kat pet wonderland tu, agak-agak paling mahal pon mungkin dalam rm 20 je, tengok-tengok rm 500.. oh mak ai, mahal gila, tapi tengok pada jenis kura-kura la, memang shell di cantik, Macam manusia la, siapa yang tak suka melihat perempuan yang cantik dan lelaki yang kacak, semua itu keindahan, manusia sendiri suka melihat pada keindahan. 

Cuma kadang kala keindahan dan kecantikan yang tuhan beri telah menjadi dagangan, siapa yang mahu cantik perlu membayar lebih. siapa yang hodoh dari segi luaran fizikal akan tersisih dari masyarakat dan diabaikan, bukankah mereka juga ada harga diri yang perlu dipertahankan. kecantikan itu nikmat tuhan, kalau bisa memilih pasti manusia semua inginkan muka yang cantik, tapi semua itu elah tertulis sejak azali, kita perlu akur dan meneruskan keidupan.


Berbalik kepada cerita kura-kura, then yesterday aku pergi balik pet wonderland, sebab kawan aku pun beli kura-kura kat sana, seeekor rm 11, okey la. lepas tengok movie Boboiboy dengan kawan, terus kaki ini melangkah dengan lajunya ke pet wonderland, tak sabar nak dapat 'baby' baru. 


Tengok punya tengok, at last, minta tolong abang kedai tu ambilkan, segan den.. hehe.. 


'bang, saya nak kura-kura jantan ea..heee'


'ok.akak kenal tak jantan dengan betina?' 


Akak! Omg, muka I muda tau, sesuka hati panggil akak. nak je aku cantas cakap i adik tau..grrr..


'hee.. tak kenal, macam mana nak kenal jantan ke betina?'


'ha, meh sini, kalau jantan dekat badan dia banyak ukiran, dan ada lekuk sikit kat tengah badan dia, lekuk ni senang untuk mengawan nanti..' 


aduh.. malu la plak aku kat situ, abang tu pun cakap malu-malu, tak pe saya faham, tak payah cerita detail sangat bang.


selesai, abang tu ambilkan baby kura-kura tu. then aku beli akuarium sekali dengan palet makanan dia, kura-kura ni tak banyak makan, sehari makan sekali je, Aku beli seekor je dulu, al maklumlah duit pun tak banyak, itupun guna duit PTPTN, nanti nak tambah seekor lagi sian dia sekor2 dalam akuarium ni, tak tentu arah aku tengok dia.. maafkan mama baby, nanti mama belikan kawan untuk baby.. 


By now, I was give name to him. His name 'Luqluq'.


the main purpose aku beli Luqluq ni untuk teman aku, aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni aku rasa lonely sangat. Dan hopefully luqluq dapat jadi teman untuk dengar bicara aku, cerita aku. cuma aku risau nanti waktu aku sibuk terjagakah luqluq ni? no idea. tapi belum cuba belum tahu kan. aku sahut cabaran menjaga kura-kura..


nanti aku post gamabar aku dengan Luqluq, sekarang phone aku rosak, memnag menyeksakan betul tak de phone ni. bersyukurlah ada phone. hargailah sementara ada, susah nak contact orang terutama whatsapp. laptop aku pulak tak boleh install whatsapp. Gunalah phone 3310, dapatlah mesej dengan call orang. Alhamdulillah..


Cukuplah hari ni. nantikan ulasan cerita Boboiboy the movie pulak.. memang TERBAIK! cerita ini.


"Mama akan cuba jaga luqluq semampu mama, I'll try my best. Mama pilih luqluq sebab mama tahu luqluq kuat, kuat bersama mama, mama mohon luqluq bertahan hidup dengan mama."


Now, Luq luq, you are one of my priority.