Thursday, 29 October 2015

Novel : Maryam Nasuha 2

Part 2

Luqman tidak boleh melelapkan mata.Dia teringat kata-kata yang di nukilkan oleh cikgu anis di dalam kad itu.

'life is beautiful. Don’t make it hard, Maryam masih memerlukan awak. Dan akan ada seorang manusia yang akan sentiasa mendoakan awak. You just have to believe in yourself and move on!'
Ah! Gila. Cikgu Anis memang gila agaknya. Kalau dia mengerti, dia pasti tidak akan menulis seperti itu. Esok aku akan perjelaskan kepadanya. Aku tidak mahu dia terus berharap sedang aku tahu, hati ini bukan buatnya. Ia akan terus menjadi milik isterinya biarpun jasad ini telah berpisah namun hati tidak.

"Anis, before that, I'm sorry. I think you should stop sending me card, you shoud not do that. Saya tak mahu ada ikatan yang lebih dengan awak. cukuplah saya papa maryam dan awak cikgunya. I don't want your feeling go further. Kalau awak masih ingin mengganggu saya, saya takkan teragak-agak untuk menukarkan maryam ke tadika lain."Luqman meluahkan apa yang terbuku dihatinya, dia memberikan kata dua kepada Cikgu Anis.

"Come on luqman. Be professional! kita dah kenal lama. Takkan kerana hal ini awak nak pindahkan maryam ke tadika lain. Dia suka dengan kawan-kawan kat sini." Anis bersuara tidak puas hati.

"Saya akan professional kalau awak professional! Keputusan di tangan awak. Sebab kita dah kenal lama lah I'm dissapointed with you. "
Luqman tidak mahu bertolak ansur, dia perlu bertegas, dia mula berjalan menuju ke kereta, ingin terus ke tempat kerja. Ini pun dah lewat. Dia tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Cikgu anis pula, hanya mampu melihat luqman berlalu pergi. Air mata perlahan-lahan menuruni pipinya. Tidak ingin dikesatnya. Kerana baginya biarlah air mata itu turun bersama perasaannya. 'Perasaan ini bukan baru Luqman.perasaan ini wujud sejak kita mula kenal. Dah lama ,7 tahun saya simpan. Sebelum wujudnya Maryam lagi dan sebelum awak kahwin dengan dia. How can I stop this feeling? Saya tahu awak tak pernah nampak saya. Awak hanya nampak saya sebagai wanita yang menjadi perantara awak dengan ilhan, tapi awak tak pernah tahu, sebelum saya menjadi perantara, hati saya sudah lama jatuh cinta pada awak, and I can’t deny it. ' monolog hati anis. Hanya Tuhan yang mampu mendengar, tidak pernah diluahkan kepada sesiapa. Hanya dia dan Pencipta-Nya sahaja yang mengetahui. Dan luahan itu akan dituliskan didalam buku diari putih miliknya.

"Cikgu anis! Cikgu anis!" Maryam datang memeluknya dari belakang.
"Iya sayang. Kenapa?" bergetar suaranya bertanya, baru sebentar tadi hatinya sudah hancur dirobek Luqman. kini Maryam pula datang ingin memujuknya.

"Cikgu menangis? Mata cikgu bengkak. Siapa yang berani sakitkan cikgu, biar Maryam bagitahu papa. Come maryam lap air mata cikgu. "Ucap maryam. Sebelah tangannya memegang muka cikgunya dan sebelah lagi mengeluarkan sapu tangan miliknya dan ingin mengelap air mata itu. Maryam sudah lupa apa yang ingin di katakannya.

Anis menahan tangan itu daripada mengelap air matanya. Dan terus memeluk anak kecil itu."Maafkan cikgu maryam. Maafkan cikgu. Biarkan cikgu peluk maryam sekejap, Cikgu nak pinjam bahu maryam ni ye."Ucap anis sambil mengetap bibirnya menahan tangis.

Maryam hanya membiarkan cikgunya memeluk dirinya. Maryam menepuk-nepuk belakang badan cikgunya seolah-olah memberi kekuatan. Walaupun dia tidak mengetahui apa yang terjadi, tetapi dia tahu, cikgunya itu ada menaruh hati kepada papanya.

Di pejabat Luqman.Luqman duduk bersandar di kerusinya yang empuk. Dia puas dapat meluahkan perasaannya kepada Anis. Hatinya tenang. Sedang dia teringat kisah tadi. Ada seseorang mengetuk pintunya menghentikan lamunannya.

"Come in! "

"Luqman, i want to introduce you our new landscape architect Maya Munirah."

Luqman terpana melihat wajah itu. Wajah itu, kenapa Tuhan perlu wujudkan wajah yang seiras isterinya.Dia baru kehilangan isterinya kini muncul pula wajah yang iras isterinya di sini. Ah! Tanpa pamit, Luqman keluar mencari udara. Terasa seperti tidak cukup oksigen di dalam bilik itu. Maya hanya melihat tingkah Luqman yang seperti mendapat penyakit jantung. "Cantik sangat ke aku?" monolog Intan.

"Maya. Saya minta maaf, maybe Luqman was shocked, wajah awak iras isterinya. Dan dia baru kehilangan isterinya." Encik Hassan bersuara bagi merungkai persoalan yang berada di benak Intan.

"Jom saya perkenalkan awak dengan staff lain." Hassan menyambung bicaranya

Novel : Maryam Nasuha 1


BAB 1

Di suatu malam, sedang luqman menyiapkan lakaran yang perlu di bentangkan esok. Maryam si puterinya masuk ke bilik dan terus melabuhkan duduknya di atas ribanya.

"Maryam, berapa kali papa kata, masuk ketuk pintu dulu kan, bagi salam. " tegur luqman dengan lemah lembut sambil mengusap rambut puterinya.

"Ok papa, i will not do it again." maryam mengangkat lima jarinya seperti bersumpah.
"No, papa nak maryam keluar dan ketuk pintu semula."
Maryam keluar dan menutup pintu bilik ayahnya semula. Maryam mengetuk pintu biliknya dan memberi salam.

"Assalamualaikum papa!" dari luar bilik puterinya memberi salam.
"Waalaikumussalam. Maryam boleh masuk."
Maryam melangkah masuk dan terus menuju ke meja kerja papanya. Dia terlihat gambar yang terletak elok di atas meja itu. Gambar dia sekeluarga. Ada mama, papa dan dia. Dan saat itu merupakan hari paling bahagia buat dia sekeluarga, kerana dia dikhabarkan akan mendapat adik baru.

"Papa, mama cantik kan? Macam muka maryam."
Maryam bersuara, tangannya mengusap gambar mamanya dan matanya masih merenung gambar tersebut terbayang-bayang saat bahagia dia bersama mamanya.

Luqman menghentikan kerjanya. Dia mengangkat maryam dan meletakkannya di atas ribanya.
'Ya sayang. Cantik sangat. Mata ni, hidung ni dan bibir ni semua milik mama." luqman menyentuh satu-satu anggota anaknya. Dia mengingat kembali raut wajah isterinya. Air mata kembali menitis ke pipinya.

"Papa. Look at me! Please jangan menangis lagi. Sorry ok, maryam buat papa sedih." maryam memegang kedua pipi papanya dan mendongakkan ke atas, dia ingin melihat raut papanya yang tampan. Wajah yang menjadi dambaan seseorang. Dia tahu walaupun si dia menyembunyikannya.

"Sayang. Jangan bangkitkan hal ni lagi ya. Papa nak buat kerja ni."
"Ok, maryam nak pergi tidur dulu. Papa jangan work hard sangat ya. Maryam masih perlukan papa. Maryam tak nak papa jatuh sakit."

Maryam sudah turun dari riba papanya. Dia menghulurkan tangan untuk salam papanya sebelum tidur, itulah perkara yang di ajar oleh mamanya dulu. Mamanya pesan, sebelum tidur perlu memohon maaf dari kedua ibu bapa. Dan perkara itu telah menjadi rutin hariannya.

Luqman mencapai tangan puterinya yang kecil. Dia menggenggam erat tangan itu. Dia merenung tunak mata anaknya. Mata yang penuh pengharapan, penuh kasih sayang. Mata yang tidak pernah berdusta, mata seorang anak kecil yang suci tanpa dosa..

"Pegang janji papa, Maryam. Papa takkan tinggalkan maryam. Takkan! Maryam satu-satunya puteri papa dunia akhirat. Papa akan berjuang demi maryam. I will do everything even if I have to sacrifice myself. I will do it. Everything just for you , My Love"

Luqman menyalurkan keyakinan disebalik tangan kekarnya itu. Maryam turut membalas genggaman tangan ayahnya. Dia tahu, dirinya adalah penguat ayanhnya saat ini. Maryam mencium pipi ayahnya dan mengucapkan selamat malam kepada ayahnya.

"Sleep tight sweetheart. Esok kita bangun solat subuh sama-sama ya. Doa untuk mama."Luqman mengingatkan anaknya. Maryam berlalu ingin keluar dari bilik ayahnya. Tetiba dia teringat sesuatu.

"Papa, petang tadi waktu maryam balik dari tadika. Cikgu anis suruh sampaikan sesuatu pada papa. Kejap ye maryam ambil kat bilik."
Maryam berlari mengambil barang kiriman cikgunya dan menyerahkan kepada papanya. Dia tidak membuka lagi kiriman cikgunya, tetapi dia tahu kiriman itu pasti sesuatu yang istimewa.

"Papa, cikgu anis kirim salam. Dia pesan, suruh papa baca tau! Maryam tidur dulu."

Luqman sekadar melihat kad tersebut dan menyambung kerjanya, ini adalah kad kedua pemberian cikgunya.