Wednesday, 24 February 2016

Novel : Maryam Nasuha 4

Part 4

Terjaga dari tidur, pukul 3.00 pagi, lama aku tidur, solat isyaq entah ke mana, puas rasanya, lepas pulang berjumpa Ain semalam aku menangis sepuas-puasnya sehingga tidak sedar aku terlena.


Aku membersihkan muka, mengambil air wudhu', menggosok perlahan mata, tangan, biar air wudhu' itu turun bersama-sama dosa yang telah banyak aku lakukan.


perlahan-lahan aku mengangkat takbir, bergetar mulutku menyebut nama tuhan yang maha besar, saat ini aku sedar betapa kerdilnya diriku ingin melawan tuhan rabbul Izzati. kerdilnya aku tidak mengetahui apa yang akan terjadi selepas ini. kerdilnya aku sering melakukan kesilapan tanpa aku sedari. air mata sudah membasahi pipi, teresak-esak aku menangis.


selesai meyelesaikan solat, aku menadah tangan, terlalu banyak dosa ini, tidak tertanggung lagi olehku.


'Tuhan, aku tahu aku sering menyangkal takdirmu dan ianya salah, Aku tidak dapat menerima takdir yang telah engkau tetapkan buat aku.Ampunkan aku, Ampunkan aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. hatiku sakit Ya Allah. Sakit. Ya Allah, pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk aku menempuh kehidupan yang mendatang, kau berilah aku kesabaran agar aku redha dengan takdir yang engkau tuliskan buat aku. aku mohon Ya Allah, ketenangan, berikan aku ketenangan hati kerna hatiku saat ini sedang hancur, berbolak balik. jauhi aku dari bisikan syaitan. Aanim ya Rabbal Alamin.'


tenang rasa dapat berbicara bersama tuhan. aku mengambil Quran, membaca surah Al-Fath. berdoa agar Allah buka pintu jalan buatku, buka pintu hatiku seluas-luasnya, menerima takdirNya. buka pintu ketenangan buatku. Bukan mudah untukku melalui keadaan ini,


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah, ceria aku pagi ini.


'Liana, aleesya, yasmin jom makan, pagi ni aku buat pancake khas untuk korang.'


'Anis, kau okey?' Liana muncul dari belakang aku, memaut bahuku.


'Aku okeylah. Tapi pagi ni aku tak dapat teman korang sarapan, aku dah lambat, pagi ni aku ada gotong royong tadika. bye.' Aku mengambil beg dan menuju ke pintu rumah, aku perlu datang awal.


'Liana, people always change after being hurt. biarkan dia mengambil masa, she was trying, I can see.' Aleesya bersuara memandang Anis yang beransur pergi.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anis menunggang skuter merahnya pulang ke rumah. Dia mahu cepat sampai ke rumah. penat bergotong royong pagi tadi, barang-barang lama semua sudah dibuang, pokok-pokok bunga di tanam tepi tadika semakin berseri tadika Al-Falah. Tiba-tiba skuternya tersekat-sekat.


"Skuter sayang jangan buat hal. Aku nak cepat sampai rumah. Badan aku letih sangat ni." Anis mengusap motornya. Dia cuba berlagak tenang, dalam hatinya hanya tuhan tahu betapa risaunya dia, sudahlah hampir senja, kata pak ustaz, waktu senja banyak syaitan keluar, jadi semua manusia seharusnya duduk dirumah, beribadah dekatkan diri kepada tuhan.


“ Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah bersabda, jangan biar ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja, kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja.”


Itulah prinsip yang dikekalkan oleh Anis, dia akan pastikan dirinya sampai dirumah sebelum Azan maghrib berkumandang. Dan akhirnya dari tersekat-sekat. Motornya mati. Anis terus menolak skuternya ke tepi jalan. Stesen minyak lagi 10 km di hadapan. Jauh jugak. Ya Allah apa aku nak buat. Langit semakin gelap.


"Ok anis relaks relaks."Perlahan Anis menghembuskan nafas.. Insya'Allah bantuan Allah pasti tiba buat hambanya.


Anis mengambil telefon dan cuba menghubungi liana teman rumah sewanya.


"Liana, awak kat mana? Skuter saya ni mati tiba-tiba. Kehabisan minyak. " tanpa memberi salam, anis terus memulakan bicara dalam keadaan tergesa-gesa


"Sori anis. Liana on the way balik rumah. Ayah yana tenat sekarang. Sori anis tak dapat bantu, cuba anis call aleesya. Tadi dia ada kat rumah, baru balik kerja. yana balik dengan yasmin ni." balas yana. Timbul kerisauan dalam nada suaranya, tetapi dia tidak mampu untuk membantu kawannya dalam keadaan ini, ibunya lebih memerlukan dia saat ini.


Anis terus menamatkan panggilan dan menekan punat call untuk menelefon aleesya. Ish, mana aleesya ni. Come on! Angkat call leesya. Angkat! Marah Anis dalam hati.


"Papa tu bukan cikgu anis ke?" maryam bertanya papanya, mukanya cuba didekatkan ke tingkap tepi kereta supaya jelas penglihatannya. Mungkin dia hanya tersilap orang. Luqman melihat sebentar ke tingkap sebelah kiri dan melihat anis sedang menolak motor, namun akalnya cuba menidakkan, dia tidak mahu berjumpa dengan Anis lagi.


"Eh bukanlah, cikgu anis balik awal kan? Kan tadi maryam kata cikgu anis balik awal. " Luqman cuba menutup helahnya tidak mungkin dia akan membantu anis. Dia tidak mahu anis tersalah anggap dengan bantuannya. Mungkin hati anis akan lebih terluka nanti.


"Eh, tu macam kereta luqman. Sampai hati kau luqman, bantu aku pun kau tak ingin. Hati kau memang keras, lebih keras dari kerikil. Sanggup kau biarkan perempuan yang dalam kesusahan ini keseorangan. Tiada belas ihsan kah engkau? Aku tahulah aku sekadar perempuan murahan dimata engkau. Rungut anis di dalam hati.


Luqman masih berkira-kira mahu membantu ataupun tidak, akalnya menyuruh tidak sedang hatinya ingin membantu. Akhirnya tangannya terus memulas stereng kereta dan membuat pusingan u-turn. Pergerakan tangannya lebih menyokong kata hati. Penat berlawan dengan hati ni.


"Kenapa papa patah balik?tadi cikgu Anis kan?Kan maryam dah kata, papa tak nak percaya." Maryam bertanya soalan yang dia sendiri punyai jawapan,dia cuma mahukan kepastian dari papanya sahaja. Kesian dia melihat cikgunya tadi dalam keseorangan. Menolak motor sendirian.


Luqman senyap tidak mengangguk ataupun mengiakan, dia tahu dia kalah. Dari jarak jauh, luqman melihat ada seorang lelaki telahpun menolong Anis. Dari gayanya seperti seorang lelaki yang baik. Menaiki motor berkuasa besar. Luqman terus memecut keretanya pulang ke rumah.


"Papa, tadi kata nak berhenti. Kenapa tak jadi pulak. Papa ni kan lelaki, kenalah tunjuk gentlemen kat cikgu." maryam bertanya pelik dengan sikap papanya.


"She doesn't need me, dah ada orang bantu dia pun. Dah maryam duduk diam-diam. Jangan tanya soalan lagi. Papa letih." luqman membalas dengan suara yang tegang. Dia kesal dengan perbuatannya yang membuat pusingan u-turn tadi. It is not supposed to happen.


"Assalamualaikum. I’m Farhan. Are you ok?" tanya farhan memulakan bicara, mukanya menunjukkan riak risau.


"Waalaikumussalam. Saya anis. I'm ok! Skuter ni je tak ok, minyak habis. Saya lupa nak check tangki pagi tadi." balas anis dengan tenang.


"haish, how long you ride skuter, you know right, kene check tangki sebelum naik. this is basic girl." Farhan memberikan nasihat kepada Anis


“saya tahulah. pagi tadi je saya lupa buat.. This is my first time okey!, okeylah you nak bantu I tak?Anis mula meunjukkan muka geram pada lelaki dihadapannya, aku dalam kesusahan dia nak berceramah pulak, aku tahulah salah aku.


“I memang nak bantulah, that’s why I berhenti, you should thank me tau.haha, Just kidding. I think, you wait here, I pergi beli minyak untuk motor you ni, I rasa kat depan tu ada stesen petron.” Farhan berkata dan terus menunggang motornya ke stesen minyak berdekatan. Dia risau anis yang keseorangan menunggunya di situ. Dia perlu cepat!


"settle. Lain kali check you punya tank ni! Anything else?" farhan bertanya setelah moto Anis berjaya dihidupkan. Dengan bantuan lampu neon jalan, dalam keadaan samar-samar, Farhan dapat melihat mata anis yang bundar. Bulu mata yang melentik. Alis mata yang tebal. Ah farhan tundukkan pandanganmu! Farhan terpana seketika. Cantik rupanya Anis ni.


"Erm...saya rasa semua dah settle. Thanks alot farhan." anis mengucapkan terima kasih kepada farhan.Jika tiada farhan tak tahulah apa nasibnya.


"Takkan terima kasih je..." farhan berjeda.


Mulut anis terlopong. Sudah. Apa yang farhan inginkan sebagai gantian membalas budi. Farhan. Jangan buat saya rasa takut. Anis semakin menjarakkan tubuhnya dari farhan.


‘what do you mean, I have 50 ringgit, its that enough for you?” Anis menghulurkan not rm 50.


"Anis. I'm just kidding. Saya ikhlas bantu awak. I don’t need your money.” Farhan menolak dengan lembut.


"Farhan. Just take it. Saya rasa tak sedap la. Tak tahulah bila pulak dapat balas jasa awak!" anis tetap  menghulurkan not Rm 50.


"Anis, saya cuma bantu sikit je. Today is your day. Esok lusa mungkin hari saya. Kalau awak nak balas juga, awak masukkan duit tu dalam tabung masjid ataupun bagi pada anak yatim. At least ada nilainya budi saya di mata Allah." Gentlemen Bro! walaupun harga minyak sebenarnya makin naik.


"farhan, thanks again, dengan keadaan dunia yang semakin kejam. Hanya mementingkan diri Ada lagi lelaki sebaik awak yang tuhan hantarkan buat saya." Anis memuji farhan. Anis senang berbicara dengan lelaki ini.


"Anis. Don’t judge the world. Ramai lagi manusia di luar sana yang baik. Cuma kebanyakan mereka telah ditutup dengan sifat-sifat manusia yang liar dan kejam. Yang jahat tu mungkin hanya sebahagian.


"Ya farhan, and you prove it, you are the good guy." Puji Anis, perlahan pipi farhan memerah, malu dipuji Anis.


"Anis. Saya cuma manusia yang dititip tuhan untuk membantu awak. Tuhan yang menggerakkan hati saya. Say thank to Allah, hopefully we can meet again, saya pulang dulu. take care. " farhan berjeda sebelum ingin berlalu pulang, .


'if fate decide for us to meet we will meet.' Anis membalas sebelum menekan punat start pada skuternya.


Farhan senyum dan berlalu pergi.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Farhan meletakkan motornya ditempat Parking yang telah disediakan di perkarangan masjid. Dia duduk di bangku tepi koridor masjid sambil meminum air mineral, letih. Penat.


“kenapalah aku tak ambil no telefon dia tadi, dah lah cantik, manis, ayu. Tapi perempuan macam tu nak ke bagi no telefon dia kat orang yang baru dia kenal?” suara hati Farhan mula berbisik.


Insyaallah ada jodoh aku akan jumpa dia lagi. Farhan mula memberi semangat pada dirinya. Takdir tuhan itu tak terjangka. Dia bangun dan ingin berlalu mengambil wudhu’, sesaat, matanya mengerling pintu masuk bahagian wanita, dia ternampak, Anis melangkah masuk dengan mata memandang ke bawah. Terpaku sebentar. Takdir tuhan memang terindah. Farhan berlalu, senyuman tidak lekang dari bibirnya.sambil berjalan Farhan berdoa dalam hati. ‘Ya Allah andai benar dia jodohku, dekatkanlah, jika tidak jauhkanlah, aku mohon petunjukmu, Mungkin saja Anis hanyalah ujian buat dia untuk lebih mendekatkan diri kepada tuhan. Dia tidak boleh terlalu berharap. Harapan yang tidak kesampaian peritnya tidak tertanggung, hanya orang yang kuat imannya sahaja akan berjaya menghadapinya. Ada juga yang sanggup membunuh diri. Dia tidak mahu mengambil risiko yang besar.


selesai solat. Farhan berlalu ke tempat motor. dalam kesibukan dia melangkah, hampir-hampir dia terlanggar bahu seseorang.


'sorry, sorry, saya tak sengaja.'


Farhan meminta maaf, ini semua gara-gara dia mahu cepat sampai ke rumah, melangkah pun dah tak berapa betul


'tak pe, saya okey. saya pergi dulu.'


nasib baik, tak terlanggar tadi, Farhan memandang ke hadapan dan saat itu, dia ternampak Anis sedang menahan senyum memandangnya. Farhan melangkah perlahan ke arah Anis,'


'ooo... gelakkan saya ea. tak payah nak tahan gelak tu. gelak je.' farhan menjeling Anis.


'macam mana la awak berjalan masjid sebesar alam ni pun awak boleh terlanggar orang.' Anis masih tertawa.


'dan dalam masjid sebesar alam ni jugak lah tuhan telah mempertemukan kita sekali lagi,fate was decided and now we meet, mungkin ada sebab. who knows.'


tawa Anis terhenti, tepat pandangannya ke arah mata Farhan. Dia melihat mata Farhan tersenyum ke arahnya, cepat-cepat dia menundukkan pandangannya.


'Farhan, I need to go now. sorry gelakkan awak.' tanpa menunggu balasan daripada Farhan, Anis berlalu pergi.


Farhan sekadar melambaikan tangan...