About 1 month dah phone aku rosak, sebenarnya tak de lah rosak sangat, cuma masalah screen, screen crack, so at first, my phone jatuh unexpectedly. sedar-sedar phone tu dah kat bawah, benda dah jadi tak boleh undur masa. memang ujian la. tengah-tengah masalah kegawatan ekonomi lagi. so i was taught kalau phone ni screen crack and still boleh guna, i mean boleh touch, so aku akan tetap bertahan untuk guna je la, tapi sangkaan aku meleset bila phone aku memang tak boleh guna, bila aku touch no respond.
Phone aku jenis Alcatel Onetouch FlashPlus, baru pakai 5 bulan. aku beli guna duit gajai aku kerja selama 2 bulan lebih dekat kedai makan keluarga aku. so imagine, how much that phone meant to me? tapi nak menyesal pon memang sudah tiada guna, So the best option is hantar kedai repair, aku tanya service centre dia kat Giant Pandan Indah Rm 300, kawan aku ramai suggest beli phone baru, ye aku pon rasa macam tu, tapi macam tadilah aku kata, telefon tu sangat sangat sangat bermakna buat aku. So, aku hantar repair, after 2 weeks aku call orang tu, then dia kata,
"owh, you punya phone tak siap lagi."
"ok, then, bila you jamin phone I boleh siap? I dah hantar 2 weeks, I memang nak guna."
"I tak tahu. sebab barang spare part tiada, perlu order dari Taiwan. Taiwan belum bagi surat apa-apa lagi."
"Oooo.. tak pe lah, lambat sangat, I nak return je lah. nanti I datang ambil."
"ok."
pada aku, sebenarnya bukan dia tak boleh buat, kalau aku bagi duit pendahuluan mesti laju je dia buat kerja, ni sebab aku memang tak bagi duit langsung. so they might think I'm lied. sampai sekarang aku tak ambil lagi phone tu.
jadi lepas kejadian tu, fikir punya fikir sampai nak pecah kepala, by hook by crook, aku kena juga beli phone baru. Then, aku dah pun beli phone baru. mudah-mudahan dapat bertahan lama, dan memudahkan segala urusan aku untuk menghubungi orang lain.
The main point aku cerita semua benda ini bukan nak riak kata beli phone baru or nak buat cerita sedih, nak minta simpati orang tentang kisah kerosakan phone aku, cuma aku nak kata.
kita ni hidup, kita tak tahu apa kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang, kita berusaha hari ini, supaya kehidupan kita akan datang lebih bahagia, tapi kita tak tahu dugaan apa yang tuhan nak beri kita pada keesokan hari.Macam aku, waktu phone aku jatuh tu, aku relaks je, so i was think like jatuh je pon, boleh pakai lagi ni, then aku try on phone ni dengan bacaan bismillah, hati aku dah berdegup kencang sebenarnya, dan memang ternyata phone tu tak boleh pakai. nak menangis tiada air mata yang mampu keluar, kering. macam padang pasir. and at that moment, aku terfikir sesuatu, kejadian tu sangat la sekejap, tapi telah membuatkan aku terfikir-fikir sepanjang hari dan sampai sekarang aku terfikir. the whole day hidup aku gelisah, tak de phone, susah nak whatsapp, maklumat tak sampai.
Tapi satu perkara yang aku bersyukur, my life more peace, more calm. no pressure. i'm free to do anything. no one disturb me. cuma bila kelas tiba-tiba batal tu la risikonya, aku memang tidak akan diberitahu. datang kelas and kelas no student, so baru aku tahu kelas batal. pasrah aku.
Aku belum jumpa hikmah yang tersembunyi lagi, tapi aku rasa. tuhan nak tegur aku supaya banyakkan sedekah.
Simpanlah duit tu setinggi gunung, by the time your phone gone or your laptop being stolen, something emergency happen, you have to use your money. di akhirnya duit itu kita akan laburkan pada benda-benda yang kita sendiri tak jangka.
Beringatlah, Duit itu amanah Allah, bukan semua duit itu milik kita, padanya ada bahagian untuk fakir miskin yang mengharapkan ihsan, sahabat yang memerlukan pertolongan, agama yang memerlukan pengorbanan atas harta yang kita miliki.
Mungkin sebenarnya tuhan mahu aku memberi lebih, dan mungkin selama ini aku terlalu kedekut dengan apa yang aku miliki. Kalau dunia boleh kiamat tidak mustahil kekayaan boleh musnah dalam sekelip mata, duit boleh di cari, tapi tuhan tidak suruh kita menjadi Qarun yang mabuk dengan kekayaannya. banyakkan memberi. ingin memiliki kekayaan dunia memang naluri setiap insan yang diizinkan tuhan, tapi dalam islam juga ada zakat, untuk menyucikan harta yang kita miliki. kalau umat islam tidak kaya, bagaimana dia ingin membayar zakat?
sedikit pengalaman hidup aku. kita diuji dengan banyak cara, tetapi tuhan tidak menguji seseorang melainkan tuhan tahu dia mampu menanggungnya. kekuatan manusia dalam mengawal emosi semasa dilanja ujian berbeza-berbeza, dan hanya orang beriman yang melihat ujian tuhan sebagai rahmat. kita melihat dunia 180 darjah.
Gunakan nikmat zaman muda kita ni dengan perkara berfaedah, sementara tenaga masih kuat, bila dah tua, kita semakin lemah. kita bukan pokok, semakin tua, akarnya makin kuat mencengkam tanah, pokoknya makin teguh berdiri, jika tidak ditebang, ia mampu hidup ratusan tahun. kita hanyalah manusia akhir zaman, yang jangka hayat hidup dalalm 60-70 tahun. itu pun belum tolak tidur, tolak masa kanak-kanak. kita hanya benar-benar hidup separuh daripada umur kita. (pandang ke langit, congaklah.)
Everyday is a new life for you. kau dah bertarung dengan berjuta-juta sperma ayah kau,bergabung dengan telur ibu untuk hidup di atas muka bumi. Dengan izin Allah, kau telah hidup.
"Jaga hak Allah, Allah jaga hak kau."
"When life hit you hard, then, ask Allah to give you a strength to go through it. without Allah your life just nothing. nothing. and without Allah's permission you can't do anything. we can't even eat."
"Life to the fullest in a guidance of Allah."
No comments:
Post a Comment