Part 2
Luqman tidak boleh melelapkan mata.Dia teringat kata-kata yang di
nukilkan oleh cikgu anis di dalam kad itu.
'life is beautiful. Don’t make it hard, Maryam masih memerlukan awak. Dan akan ada seorang manusia yang akan sentiasa mendoakan awak. You just have to believe in yourself and move on!'
Ah! Gila. Cikgu Anis memang gila
agaknya. Kalau dia mengerti, dia pasti tidak akan menulis seperti itu. Esok aku
akan perjelaskan kepadanya. Aku tidak mahu dia terus berharap sedang aku tahu,
hati ini bukan buatnya. Ia akan terus menjadi milik isterinya biarpun jasad ini
telah berpisah namun hati tidak.
"Anis, before that, I'm sorry. I think you should stop sending me card, you shoud not do that. Saya tak mahu
ada ikatan yang lebih dengan awak. cukuplah saya papa maryam dan awak cikgunya. I don't want your feeling go further. Kalau awak masih ingin
mengganggu saya, saya takkan teragak-agak untuk menukarkan maryam ke tadika
lain."Luqman meluahkan apa yang terbuku dihatinya, dia memberikan kata dua kepada Cikgu Anis.
"Come on luqman. Be
professional! kita dah kenal lama. Takkan kerana hal ini awak nak pindahkan
maryam ke tadika lain. Dia suka dengan kawan-kawan kat sini." Anis
bersuara tidak puas hati.
"Saya akan professional kalau
awak professional! Keputusan di tangan awak. Sebab kita dah kenal lama lah I'm dissapointed with you. "
Luqman tidak mahu bertolak ansur,
dia perlu bertegas, dia mula berjalan menuju ke kereta, ingin terus ke tempat
kerja. Ini pun dah lewat. Dia tidak mahu terperangkap dalam kesesakan
jalanraya.
Cikgu anis pula, hanya mampu melihat
luqman berlalu pergi. Air mata perlahan-lahan menuruni pipinya. Tidak ingin
dikesatnya. Kerana baginya biarlah air mata itu turun bersama perasaannya. 'Perasaan ini bukan baru Luqman.perasaan
ini wujud sejak kita mula kenal. Dah lama ,7 tahun saya simpan. Sebelum
wujudnya Maryam lagi dan sebelum awak kahwin dengan dia. How can I stop this
feeling? Saya tahu awak tak pernah nampak saya. Awak hanya nampak saya sebagai
wanita yang menjadi perantara awak dengan ilhan, tapi awak tak pernah tahu,
sebelum saya menjadi perantara, hati saya sudah lama jatuh cinta pada awak, and I can’t
deny it. ' monolog hati anis. Hanya Tuhan yang mampu mendengar, tidak pernah
diluahkan kepada sesiapa. Hanya dia dan Pencipta-Nya sahaja yang mengetahui. Dan
luahan itu akan dituliskan didalam buku diari putih miliknya.
"Cikgu anis! Cikgu anis!"
Maryam datang memeluknya dari belakang.
"Iya sayang. Kenapa?"
bergetar suaranya bertanya, baru sebentar tadi hatinya sudah hancur dirobek
Luqman. kini Maryam pula datang ingin memujuknya.
"Cikgu menangis? Mata cikgu
bengkak. Siapa yang berani sakitkan cikgu, biar Maryam bagitahu papa. Come
maryam lap air mata cikgu. "Ucap maryam. Sebelah tangannya
memegang muka cikgunya dan sebelah lagi mengeluarkan sapu tangan miliknya dan
ingin mengelap air mata itu. Maryam sudah lupa apa yang ingin di katakannya.
Anis menahan tangan itu daripada
mengelap air matanya. Dan terus memeluk anak kecil itu."Maafkan cikgu maryam. Maafkan
cikgu. Biarkan cikgu peluk maryam sekejap, Cikgu nak pinjam bahu maryam ni
ye."Ucap anis sambil mengetap bibirnya
menahan tangis.
Maryam hanya membiarkan cikgunya
memeluk dirinya. Maryam menepuk-nepuk belakang badan cikgunya seolah-olah
memberi kekuatan. Walaupun dia tidak mengetahui apa yang terjadi, tetapi dia
tahu, cikgunya itu ada menaruh hati kepada papanya.
Di pejabat Luqman.Luqman duduk
bersandar di kerusinya yang empuk. Dia puas dapat meluahkan perasaannya kepada
Anis. Hatinya tenang. Sedang dia teringat kisah tadi. Ada seseorang mengetuk
pintunya menghentikan lamunannya.
"Come in! "
"Luqman, i want to introduce
you our new landscape architect Maya Munirah."
Luqman terpana melihat wajah itu.
Wajah itu, kenapa Tuhan perlu wujudkan wajah yang seiras isterinya.Dia baru
kehilangan isterinya kini muncul pula wajah yang iras isterinya di sini. Ah!
Tanpa pamit, Luqman keluar mencari udara. Terasa seperti tidak cukup oksigen di
dalam bilik itu. Maya hanya melihat tingkah Luqman yang seperti mendapat
penyakit jantung. "Cantik sangat ke aku?" monolog Intan.
"Maya. Saya minta maaf, maybe
Luqman was shocked, wajah awak iras isterinya. Dan dia baru kehilangan
isterinya." Encik Hassan bersuara bagi merungkai persoalan yang berada di
benak Intan.
No comments:
Post a Comment