Thursday, 29 October 2015

Novel : Maryam Nasuha 1


BAB 1

Di suatu malam, sedang luqman menyiapkan lakaran yang perlu di bentangkan esok. Maryam si puterinya masuk ke bilik dan terus melabuhkan duduknya di atas ribanya.

"Maryam, berapa kali papa kata, masuk ketuk pintu dulu kan, bagi salam. " tegur luqman dengan lemah lembut sambil mengusap rambut puterinya.

"Ok papa, i will not do it again." maryam mengangkat lima jarinya seperti bersumpah.
"No, papa nak maryam keluar dan ketuk pintu semula."
Maryam keluar dan menutup pintu bilik ayahnya semula. Maryam mengetuk pintu biliknya dan memberi salam.

"Assalamualaikum papa!" dari luar bilik puterinya memberi salam.
"Waalaikumussalam. Maryam boleh masuk."
Maryam melangkah masuk dan terus menuju ke meja kerja papanya. Dia terlihat gambar yang terletak elok di atas meja itu. Gambar dia sekeluarga. Ada mama, papa dan dia. Dan saat itu merupakan hari paling bahagia buat dia sekeluarga, kerana dia dikhabarkan akan mendapat adik baru.

"Papa, mama cantik kan? Macam muka maryam."
Maryam bersuara, tangannya mengusap gambar mamanya dan matanya masih merenung gambar tersebut terbayang-bayang saat bahagia dia bersama mamanya.

Luqman menghentikan kerjanya. Dia mengangkat maryam dan meletakkannya di atas ribanya.
'Ya sayang. Cantik sangat. Mata ni, hidung ni dan bibir ni semua milik mama." luqman menyentuh satu-satu anggota anaknya. Dia mengingat kembali raut wajah isterinya. Air mata kembali menitis ke pipinya.

"Papa. Look at me! Please jangan menangis lagi. Sorry ok, maryam buat papa sedih." maryam memegang kedua pipi papanya dan mendongakkan ke atas, dia ingin melihat raut papanya yang tampan. Wajah yang menjadi dambaan seseorang. Dia tahu walaupun si dia menyembunyikannya.

"Sayang. Jangan bangkitkan hal ni lagi ya. Papa nak buat kerja ni."
"Ok, maryam nak pergi tidur dulu. Papa jangan work hard sangat ya. Maryam masih perlukan papa. Maryam tak nak papa jatuh sakit."

Maryam sudah turun dari riba papanya. Dia menghulurkan tangan untuk salam papanya sebelum tidur, itulah perkara yang di ajar oleh mamanya dulu. Mamanya pesan, sebelum tidur perlu memohon maaf dari kedua ibu bapa. Dan perkara itu telah menjadi rutin hariannya.

Luqman mencapai tangan puterinya yang kecil. Dia menggenggam erat tangan itu. Dia merenung tunak mata anaknya. Mata yang penuh pengharapan, penuh kasih sayang. Mata yang tidak pernah berdusta, mata seorang anak kecil yang suci tanpa dosa..

"Pegang janji papa, Maryam. Papa takkan tinggalkan maryam. Takkan! Maryam satu-satunya puteri papa dunia akhirat. Papa akan berjuang demi maryam. I will do everything even if I have to sacrifice myself. I will do it. Everything just for you , My Love"

Luqman menyalurkan keyakinan disebalik tangan kekarnya itu. Maryam turut membalas genggaman tangan ayahnya. Dia tahu, dirinya adalah penguat ayanhnya saat ini. Maryam mencium pipi ayahnya dan mengucapkan selamat malam kepada ayahnya.

"Sleep tight sweetheart. Esok kita bangun solat subuh sama-sama ya. Doa untuk mama."Luqman mengingatkan anaknya. Maryam berlalu ingin keluar dari bilik ayahnya. Tetiba dia teringat sesuatu.

"Papa, petang tadi waktu maryam balik dari tadika. Cikgu anis suruh sampaikan sesuatu pada papa. Kejap ye maryam ambil kat bilik."
Maryam berlari mengambil barang kiriman cikgunya dan menyerahkan kepada papanya. Dia tidak membuka lagi kiriman cikgunya, tetapi dia tahu kiriman itu pasti sesuatu yang istimewa.

"Papa, cikgu anis kirim salam. Dia pesan, suruh papa baca tau! Maryam tidur dulu."

Luqman sekadar melihat kad tersebut dan menyambung kerjanya, ini adalah kad kedua pemberian cikgunya.

No comments:

Post a Comment