Monday, 28 December 2015

Novel : Maryam Nasuha 3

Part 3

Bosan. Bosan. Bosan.

Semua keluar pergi dating, lunch kat luar, tengok wayang. Rumah sunyi. Tinggal aku keseorangan. Liana ada ajak aku keluar tadi pergi lunch dengan dia. Tapi hari ni mood tak berapa baik. Selepas Luqman meluahkan perasaan annoyingnya kat aku. Rasa macam nak bunuh diri.

Mudah untuk seseorang menggores luka di hati orang lain. Menggores dan pergi meninggalkan, tanpa memberikan penawar untuk hati itu. Mereka lupa, mereka berurusan dengan manusia. Bukan robot ciptaan manusia. Manusia punya jiwa. Punya hati.

Letih. Letih. Bila emosi yang mengawal badan. Lari 8 km pon tak sama letihnya dengan berlawan emosi. Tidur. Makan. Nangis. Inilah rutinku selepas ditolak oleh Luqman. Kata-katanya cukup ringkas. Tapi cukup untuk mengguris luka di hati ini. Aku mengambil telefon di atas almari solek sebelah katil tempatku berbaring dan mendail nombor seseorang.

'Hello. Ain. Please, can we meet? '

'Heyy, Anis, why? Are you crying?' cemas Ain bertanya soalan.

'Hurmmm.. Nope. Tak berapa sihat je. Boleh tak nak jumpa?'

'Kata tak berapa sihat. Nak jumpa aku pulak. Okeylah I will pick you. Give me 15 minutes. Wait there.'

'Terima kasih Ain. You really my humty bumpty, friend.'

Tepat 15 minit. Ain sampai bersama kereta renault merah dia. Aku terus meloloskan diri ke dalam keretanya. Kereta bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah.

'Now. Tell me, kau ni selalu jumpa aku bila ada masalah je kan. Jarang nampak kau, bila kau tengah bahagia dengan world kau tu. Ni mesti pasal crush kau kan?' Ain menyembur aku, tanpa sempat aku membuka mulut, memberi penjelasan.

'Ain. Please. Janganlah perli aku. Kita pergi tasik titiwangsa. Aku nak ambil udara. 3 days I'm not going anywhere. Aku rasa kekurangan oksigen. Boleh? ' aku belum cukup kuat untuk menjawab soalan Ain, sebaliknya aku meminta dia melakukan sesuatu.

Tiba di Tasik. Aku memandang sekitar tasik, ramai yang berjoging, berkelah. Riadah bersama anak-anak yang kecil. Bahagianya. Aku mengambil kerusi berdekatan tasik. Lama, aku merenung tasik. Perlahan aku memusingkan badan menghadap Ain di sebelah.

'Ain, Can you lend me your shoulder? Aku...' belum sempat aku habis berkata, Ain terus memeluk aku. Inilah sahabat aku dunia akhirat, saat aku benar-benar perlukan sahabat untuk mendengar masalah aku. Dia tak pernah berkata tidak. Masanya sentiasa ada buat aku. Inilah satu-satunya nikmat yang tuhan tidak pernah tarik dari aku. Nikmat berkasih dalam bersahabat.

'Ain. Salahkah jatuh cinta? Kau tahu kan, aku simpan perasaan aku lama. Almost 8 years. Aku tutup pintu cintaku just for him. Aku tunggu dia. Even i knew he was married. but still i waiting. His wife was died Ain, died. husna was died. Dia meninggal sebab kemalangan. I'm never pray those things to happen.' aku berhenti berkata. Aku mengangkat muka, memandang sejenak wajah Ain. Ain memandang aku. Tidak berkelip. Dia mula mengambil tanganku dan menggenggamnya.

'Anis, you wanna know something. Tangan ni perlukan teman. Teman untuk dia berpegang dan berpaut, dan tangan ni takkan berpaut pada tangan yang dingin sebab dia tak mahu dingin. Tangan ini jugak takkan berpaut pada tangan yang hangat. Sebab nanti dia pula yang hangat. Tapi tangan ni akan bepaut pada tangan yang akan membuat dia rasa selesa. Macam aku dan kau. Aku tak rasa hangat dan dingin pun. Kau tak boleh berpaut pada orang yang dingin macam tu Anis. Kau kena cuba melawan perasaan. Aku tahu lama kau pendam. he didn't meant for you, you deserve someone else.'

Ain memegang kedua-dua pipi Anis dan mendongakkannya. Ain memandang tepat ke arah mata Anis yang sudah berjuraian air mata.

'cuba menerima takdir Anis.'

'Kau tak paham Ain. Kau tak pernah jatuh cinta seperti mana aku jatuh. Kau dengan Amir senang. Bercinta 1 tahun, then nikah, kau mana pernah rasa di 'reject'.Kau tahu kan kenapa aku jadi cikgu tadika tu. Kenapa aku beriya-iya nak duduk kat kl ni. Kenapa aku tolak tawaran pergi manchester. Semua ni aku tak buat la, kalau bukan sebab dia. He just ruin my life. Hidup aku gelap Ain. Gelap. '

'Only broken people know the scars don't easily heal. It is a long and tiring battle. Aku penat Ain. penat.'

'Anis, aku tak pernah rasa apa yang kau rasa, aku tak pernah rasa gelapnya hidup tanpa cahaya. Ini ujian buat kau Anis. Allah sedang memberikan kau ujian untuk menjadikan kau hambaNya yang terbaik. Allah will wreck your plan when He sees that your plans are abour to wreck you.Banyakkan sujud, berhentilah mendongak. Aku tahu kau kuat.'

'Dah la Ain. Aku dah tak percaya tuhan. Kau kata tuhan pemilik cinta, takkan dia tak mampu meletakkan rasa cinta dalam hati luqman buat aku. Bertahun ain. Bukan sekejap aku tunggu.'

'Anis istighfar, kau sedang berlawan dengan tuhan, kau tahu kan azabnya pedih. Berhenti melawan takdir. Waktu dia bernikah dengan Husna, kau tak teruk macam ni pun, why now? Why now you start asking everything? '

'Mungkin sebab rasa ni dah tak tertanggung.'

'Kau tipu. Kau bukan mencintai dia. Tapi kau cuma obses. It just your obsession and possesion. Orang yang betul-betul jatuh cinta kerana Allah takkan seteruk ni, sebab dia tahu cinta itu membahagiakan bukan menyeksakan macam yang kau alami sekarang. Kau dah jauh dari Allah. Kau tahukan bila seseorang jauh hatinya dari tuhan syaitanlah yang akan mengisi hati yang kosong itu. Kembalilah padaNya. Dia sentiasa ada untuk mendengar semua rintihan kau. He will guide you from your lowest point. Dia akan memberikan kau ketenangan yang orang lain tak boleh beri.'

Anis bangkit, berdiri, berjalan ke arah tasik. Dia mengambil batu dan mencampakkan ke dalam tasik. Dia terasa penat dan kembali pandang pada Ain.

'Ain. Jom balik. Aku penat. Penat dengan semua ni.'

'Kau fikir lah balik apa yang aku cakap tu.'

'Tengoklah, sekarang jiwa aku kosong. Mati.'

'Suka hatilah. Jom'

No comments:

Post a Comment